YANG DIPERTUA MAJLIS ISLAM SARAWAK
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Setinggi – tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T atas segala rahmat dan berkatnyaa kita dapat berinteraksi di Laman Web Rasmi Majlis Islam Sarawak. Sesungguhnya kemajuan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi sepanjang abad ini telah dapat kita manfaatkan untuk mendapatkan segala maklumat yang perlu dan releven ‘di-liar sana’, serta menyebarkan apa saja pembaharuan yang kita dapat jana ‘di-dalam sini’ sebagai langkah memajukan organisasi dan perkhidmatannya.
Namun untuk meneruskan keberkesanannya, daya pemikiran dan tindakan susul organisasi bukan sahaja perlu dihalusi dari semasa ke semasa melalui aliran maklumat yang pantas dan luas itu, tetapi apa- apa hasilnya juga perlu disebarkan untuk mendapat ‘feed-backs’ atau penilaian baik yang mantap lagi sesuai, tepat dan releven dengan situasi semasa.
Langkah – langkah ini amat kritikal untuk kita, sebagai organisasi awam, bergerak secara senada dan selari dengan arus perdana perkhidmatan awam dan di mana sesuai untuk mendahului langkah – langkah yang lebih proaktif dan futuristic.
Dengan hal sedemikian, sebagai sebuah organisasi induk yang mentadbir dan mengendalikan pembangunan dan pengurusan Hal Ehwal Agama Islam di Negeri Sarawak, Majlis Islam Sarawak mestilah berfungsi sebagai Pusat Maklumat Sehenti yang mampu memberi nilai tambah kepada mutu perkhidmatan organisasi ini. Melalui laman sesawang yang baru ini, Majlis Islam Sarawak akan dapat memastikan penyaluran maklumat kepada pelanggan dan masyarakat yang ingin mendapatkan maklumat awal mengenai pelbagai perkhidmatan yang disediakan.
Majlis Islam Sarawak perlu memastikan semua aspek pengurusan dan pentadbiran hal ehwal Islam diurus dengan cekap, amanah dan berhikmah, melalui pengalaman nilai – nilai murni yang dikongsi bersama, sesuai dengan kemulian agama Islam itu sendiri. Kita mesti terus mempertingkatan penggunaan ICT sehingga menjadi budaya kerja dan amalan sepanjang masa.
Akhir kata, kita sangat mengalu – alukan sebarang komen dan pandangan yang membina daripada semua pihak dalam memantapkan lagi pengurusan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan di laman ini.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
DATUK HAJI MISNU BIN HAJI TAHA
Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak