SETIAUSAHA MAJLIS ISLAM SARAWAK
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Terlebih dahulu saya memanjat kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T., kerana atas limpah dan kurniaNya kita dapat melangkah ke tahun demi tahun. Semoga permulaan tahun ini akan turut disertai dengan tekad untuk lebih bersemangat dan azam yang semakin kuat untuk kita bersama-sama meningkatkan prestasi perkhidmatan demi kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran negara yang tercinta ini.
MIS tidak ketinggalan dalam mengorak langkah untuk terus bergerak dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) selaras dengan hasrat Kerajaan untuk membudayakan ICT di negara ini. Sesungguhnya, Majlis sentiasa memberi penekanan dan keutamaan dalam menyahut seruan Kerajaan terhadap kepentingan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai cabang ilmu dan sumber teknologi untuk menjana kemajuan semua warga Jabatan. Laman web ini adalah sebahagian daripada usaha jabatan ke arah meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
Dengan adanya laman web ini, saya berharap ia dapat dijadikan wadah kepada warga MIS dan pengunjung bagi mendapatkan informasi terkini mengenai aktiviti dan perkembangan MIS. Bukan sahaja sebagai maklumat tetapi jauh daripada itu sebagai wadah rujukan buat umat Islam dalam permasalahan kehidupan.
Saya amat mengalu-alukan kunjungan ke laman web Majlis Islam Sarawak dan berharap ianya bukan sahaja dapat menarik perhatian malah turut memberikan faedah yang berguna supaya dapat dimanfaatkan dalam usaha memberikan perkhidmatan yang lebih efisien dan efektif. Sebarang cadangan, pandangan, pertanyaan dan maklumat daripada pengunjung adalah amat dialu-alukan.
Selamat melayari laman web MIS
Wassalam.
TUAN HAJI MUAL BIN SUAUD
Setiausaha Majlis Islam Sarawak