MAJLIS ISLAM SARAWAK ANJURKAN MAJLIS SOLAT HAJAT DAN MALAM SANJUNGAN BUDI

Posted on 28 Aug 2026
Source of News: Pejabat Majlis Islam Sarawak
Majlis Solat Hajat dan Malam Sanjungan Budi anjuran Pejabat Majlis Islam Sarawak telah diadakan pada 27 Ogos 2026 bertempat di Dewan Kompleks Islam Sarawak, Kuching.

Majlis tersebut dihadiri oleh Premier Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, dif-dif kenamaan serta ketua-ketua agensi Islam di bawah Majlis Islam Sarawak.

Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah, diikuti tazkirah bertajuk “Ekonomi, Wakaf & Sains: Membina Masa Depan Ummah” yang disampaikan oleh Felow Kanan merangkap Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan (EMAS), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr Muhammad Hisyam bin Mohamad.

Selesai Solat Hajat, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Haji Misnu bin Haji Taha, sebelum tayangan video montaj penghargaan mantan Pengurus Besar TBS dipersembahkan.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan oleh mantan Pengurus Besar TBS, Datu Haji Abang Mohd Shibli bin Haji Abang Mohd Nailie. Sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti beliau, majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderamata dan jamuan makan malam.

Turut hadir bersama ialah warga kerja agensi-agensi Islam yang lain.