MAJLIS ISLAM SARAWAK RAIH TEMPAT KETIGA MINI KONVENSYEN ICC 2026

Posted on 09 May 2026
Source of News: Pejabat Majlis Islam Sarawak

KUCHING, 2026 – Majlis Islam Sarawak (MIS) telah mencatatkan pencapaian membanggakan apabila berjaya memperoleh tempat ketiga dalam penyertaan Mini Konvensyen Innovation and Creative Circle (ICC) 2026 di bawah Jabatan Premier Sarawak.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen dan kesungguhan warga kerja MIS dalam membudayakan amalan inovasi serta kreativiti ke arah meningkatkan kecekapan dan kualiti penyampaian perkhidmatan awam.

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee, sebagai penghargaan terhadap pencapaian dan usaha yang telah ditunjukkan oleh pasukan MIS.

Kejayaan ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi budaya inovasi dalam kalangan warga MIS serta menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak idea dan inisiatif kreatif yang memberi nilai tambah kepada organisasi dan masyarakat.