MUKAH, 31 Julai 2026 – Majlis Islam Sarawak (MIS) telah menganjurkan Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak Tahun 2026 bagi Zon Tengah yang berlangsung pada 31 Julai dan 1 Ogos 2026 bertempat di Dataran Setia Raja, Mukah.
Program yang menghimpunkan masyarakat Islam setempat ini bertujuan memperkukuh hubungan silaturahim antara Majlis Islam Sarawak dengan masyarakat, di samping menyantuni serta memahami keperluan komuniti Islam khususnya di Zon Tengah.
Program berkenaan telah dirasmikan oleh YAB Premier Sarawak, yang turut meluangkan masa bersama masyarakat dan warga kerja yang terlibat dalam penganjuran program tersebut.
Pelaksanaan Ziarah Mahabbah ini mencerminkan komitmen MIS dalam memperkukuh hubungan bersama masyarakat serta memperkasa kebajikan dan pembangunan komuniti Islam di seluruh Sarawak. Program seumpama ini juga menjadi platform bagi menyemarakkan semangat kebersamaan, ukhuwah dan mahabbah dalam kalangan masyarakat Islam.