LAWATAN PENANDA ARAS SACSES MAJLIS ISLAM SARAWAK KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SARAWAK

Posted on 17 Aug 2026
Source of News: Pejabat Majlis Islam Sarawak

KUCHING, 14 Ogos 2026 – Majlis Islam Sarawak (MIS) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras SACSES ke Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak pada 14 Ogos 2026.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan perkongsian ilmu, pengalaman serta amalan terbaik berkaitan pelaksanaan Sarawak Civil Service Environmental Sustainability (SACSES), khususnya dalam aspek kelestarian alam sekitar, pengurusan tempat kerja yang kondusif dan produktif serta penerapan budaya kerja yang kreatif, inovatif dan mampan.

Delegasi MIS turut berpeluang meninjau pelaksanaan inisiatif dan amalan terbaik yang dilaksanakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak sebagai panduan dalam memperkukuh pelaksanaan SACSES di MIS.

Lawatan penanda aras ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan kelestarian alam sekitar serta memperkukuh komitmen MIS dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih cekap, kondusif dan lestari selaras dengan aspirasi perkhidmatan awam Sarawak.