AMANAT SETIAUSAHA MAJLIS ISLAM SARAWAK TAHUN 2026M/ 1447H: PERKUKUH AMANAH, TINGKAT KOMPETENSI & PERKASA DIGITALISASI

Disiarkan pada 17 Feb 2026
Sumber Berita: Pejabat Majlis Islam Sarawak

16 Februari 2026 – Setiausaha MIS menegaskan kepentingan memperkukuh hubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia sebagai asas kecemerlangan organisasi, selaras dengan panduan Al-Quran dan sunnah.

Amanat menekankan pemerkasaan konsep irtibat (hubungan) dan itqan (kesungguhan) dalam setiap tugasan. Semua warga MIS diseru menghayati visi PMIS dengan menampilkan ciri cemerlang, berintegriti, profesional, bersatu, komited serta tangkas mendepani cabaran semasa.

Penambahbaikan berterusan dalam tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan melalui pelaksanaan PSJ, ISO, Scorecard, SACSES serta pemerkasaan pendigitalan seperti e-PTMIS dan HRIS turut diberi keutamaan.

Sempena Ramadan, warga MIS digalakkan meningkatkan kualiti kerja dan ibadah kerana setiap amanah pekerjaan akan dinilai oleh Allah SWT.

Amanat turut menegaskan kepimpinan yang terarah, keyakinan terhadap proses, penjagaan kesejahteraan rohani dan jasmani serta kesediaan berterusan untuk menyantuni umat demi keberkatan dan kemakmuran bersama.