Tentang Kami

Terdapat satu manuskrip yang menyatakan mengenai kewujudan Majlis Islam Sarawak sekitar tahun 1930an yang dipelopori oleh empat (4) orang tokoh, iaitu Mufti Abang Haji Nawawi, Imam Abang Haji Bahauddin, Abang Haji Julaihi dan Haji Mohammad Salleh Arif.

Majlis ini diwujudkan atas hasrat ingin melihat satu badan yang lebih utama kedudukannya dari Mahkamah Datu-Datu (Datu’s Court) ditubuhkan, dengan peranan yang lebih meluas. Majlis Islam Sarawak yang wujud secara tidak rasmi ini berperanan dalam usaha dakwah dan kebajikan umat Islam serta bergerak secara complimentary kepada Mahkamah Datu-Datu tersebut. 

Keterangan yang menyatakan perkembangan seterusnya mengenai Majlis Islam Sarawak ini tidak dijumpai dan mungkin tidak berkesinambungan akibat daripada penubuhannya yang tidak diasaskan atas dasar perundangan.

Lebih Lanjut