1313981 keputusan dijumpai (menunjukkan 1000 keputusan teratas)
Borang Permohonan
DOWNLOAD
STRATEGI
WEBPAGE
BDA mengamalkan strategi-strategi berikut bagi mencapai tahap pembangunan sosial, ekonomi dan persekitaran:- Strategi Perancangan Menggalakkan Pembangunan Sosial Pembangunan Sumber manusia Pengurusan Korporat Strategi Perancangan Untuk membangun Bintulu menjadi sebuah bandaraya yang terancang dan mesra melalui persediaan pembangunan kualiti, sosial, ekonomi dan perkhidmatan perbandaran. Menggalakkan Pembangunan Sosial Menyediakan kemudahan dan ameniti bagi meningkatkan taraf hidup komuniti Menggalakkan interaksi sosial di kalangan masyarakat melalui perkhidmatan komuniti; dan menyediakan persekitaran yang bersih dan sihat melalui perkhidmatan majlis perbandaran Pembangunan Sumber Manusia Dengan mengambil kira kepentingan prestasi, kemahiran, kerjaama, mobiliti, kreativiti dan taatsetia warga kerja melalui :- menempatkan warga kerja di dalam bidang kerja yang bersesuaian dengan kemahiran dan prestasi mereka; menggalakkan kecekapan warga kerja melalui kursus asas dan lanjutan; merancang dan membina pembangunan kendiri yang berkualiti; menguruskan pelaksanaan dasar maklumat, delegasi, pengurusan melalui objektif, saling menghormati dan semangat kerjasama Pengurusan Korporat Mencapai Pengurusan Kualiti Secara menyeluruh (TQM) melalui :- Penglibatan dari pihak pengurusan, kerjasama dan nilai perpaduan; Penglibatan penuh dan pembinaan budaya organisasi tertentu bagi membolehkan pembangunan perkhidmatan berkualiti Fleksibel dalam menerima perubahan persekitaran; Menggambarkan imej korporat yang adil dan bertanggungjawab; Mempertingkatkan pengurusan kewangan; mempelbagaikan perkhidmatan berkualiti, berkesan, mesra dan efisien
BERITA AKTIVITI WARGAKERJA BDA ATAS TALIAN
WEBPAGE
2017 Gotong-Royong Perdana 5S Di Pejabat Perbinda BDA Gotong-royong telah diadakan pada 10 Mac 2017 di Pejabat Perbinda. Majlis Simbolik Penyerahan Fail 5S kepada ketua kumpulan 5S yang dilantik dan alatan 5S telah disempurnakan oleh Penolong Pengurus Besar BDA, Haji Bohari b Kipli selaku Pengerusi 5S BDA. ( Klik Untuk keterangan lanjut). 2016 RUMAH TERBUKA GAWAI DAYAK Rumah Terbuka Gawai anjuran BDA pada 18 Jun 2016 bertempat di Balai Raya Sebauh, Bintulu. Majlis itu turut dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Dr Stephen Rundi ak Utom, Menteri Kemudahan Awam Sarawak. 2015 Program CSR/Komuniti Seksyen Penyelenggaraan Landskap BDA di Kampung Jepak Hulu Bintulu Pemindahan Mangsa Banjir di Rh. Aloh dan Rh. Ruma
PIAGAM PELANGGAN2018
WEBPAGE
Kami berjanji untuk :- Menyiasat aduan-aduan pelanggan di Bandar Bintulu dalam masa 24 jam (hari bekerja) dan memberi jawapan dalam tempoh 3 hari bekerja; Menyediakan sijil pembayaran dalam tempoh masa 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan pengesahan daripada Pegawai Penguasa; Mempastikan bahawa semua pungutan sampah dibuat dengan cepat, tepat dan memuaskan sebanyak dua kali seminggu mengikut jadual bagi kawasan perumahan dan pada setiap hari bagi premis-premis komersial;
Laporan Penggunaan Aplikasi online 2010
WEBPAGE
Laporan Penggunaan Aplikasi online 2010 (Januari - April 2010) No Online Applications Jan Feb Mac Apr Grand Total 1 e-Request System 60 38 72 65 235
FUNGSI-FUNGSI UTAMA
WEBPAGE
PENYELARASAN AKTIVITI-AKTIVITI PEMBANGUNAN Bertindak sebagai penyelaras projek untuk memudahkan peruntukKan perkhidmatan kemudahan awam. Bekerjasama dengan jabatan & agensi lain di peringkat pelaksanaan bagi melicinkan pelaksanaan berbagai projek. PERANCANGAN GUNA TANAH DAN PENTADBIRAN Merancang & mentadbir tanah di dalam kawasan persempadan BDA. Memproses semua permohonan tanah bagi memastikan tanah yang digunakan mengikut kawasan yang dirancangkan. FUNGSI-FUNGSI PIHAK BERKUASA TEMPATAN Melaksanakan fungsi pihak berkuasa tempatan(tidak terhad) seperti di bawah:- Kerja Pembersihan Bandar Kerja Memotong Rumput Penyenggaraan kemudahan rekreasi, taman & kawasan Lanskap Pembersihan Parit Kerja Pemunggahan Sampah Penguatkuasa bagi pihak berkuasa tempatan By-Law Kerja Pembersihan PROJEK SUKAN DAN SOSIAL Membina kemudahan-kemudahan sukan Mengambil alih pembinaan kemudahan rekreasi seperti kolam renang awam, Padang Golf 18-lubang , Taman Hidupan Liar(Taman Tumbina), dsbnya. Pembinaan berbagai projek masyarakat & sosial termasuk Dewan Suarah, Masjid, pasar moden dan pusat / tapak gerai, tempat jualan, litar pertandingan lalu-lintas, dsbnya. INDUSTRIAL ESTATE DEVELOPMENT Membina tiga kawasan industri lengkap dengan infrastruktur dan kemudahan awam bagi memenuhi keperluan usahawan:- Kawasan industri ringan Bintulu untuk kilang-kilang kecil Kawasan industri ringan Kidurong untuk skel industri pertengahan / ringan. Kawasan Industri Kemena untuk industri asas pembalakan dan aktiviti pembalakkan yang berkaitan. Kidurong Industrial Area (KINDA) Jepak Industrial Estate PEMBANGUNAN PEMBINAAN KOMERSIAL Membina rumah, kedai komersial melalui subsidari syarikat dan rakan kongsi pembangunan tempatan PEMBANGUNAN PERUMAHAN Kuartes Kakitangan Perumahan Rakyat (rumah kos rendah dan sederhana) Skim Penempatan Semula PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR Pembinaan & Penyelenggaraan Jalanraya Watermains and central sewerage systems
PROSES CARTA ALIRAN KERJA BDA
WEBPAGE
PROSES PERMOHONAN PELBAGAI LESEN PROSES PENGELUARAN PERMIT SEMENTARA OLEH SEKSYEN PENGUATKUASA PROSES TENDER KONTRAK PROSES KEAHLIAN KAD PERPUSTAKAAN BDA( BORANG )
Pencapaian Piagam Pelanggan BDA 2019
WEBPAGE
PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN BDA 2019 BDA Client Charter Achievement 2019 No/ Bil PIAGAM PELANGGAN / CLIENT CHARTER PENCAPAIAN / ACHIEVEMENT (%) 2019 Jan. Feb Mac Apr May June July Aug. Sept. Oct. Nov. Dec. 1 Pengendalian Aduan Awam - Disiasat dalam masa 24 jam (hari bekerja) daripada masa diterima 63 74 69 82 95 84 74 60 84.6 78.4 61.1 65 2 Pungutan Sampah -Kawasan komersial – setiap hari -Kawasan perumahan – Dua (2) kali seminggu - Kawasan industri – tiga (3) kali seminggu 99 95 100 100 96 99 99 98 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 98.2 99.3 100 94.5 99.3 100 98.4 100 100 100 97.9 100 98.9 99.04 99.6 97.8 97.8 99.3 3 Pemotongan Rumput - Dibuat sebanyak dua (2) kali sebulan 99 99 100 100 100 99.8 99.8 99.8 100 99.7 99.8 99.8 4 Penyelenggaraan Jalan Berlubang (potholes) -Disiasat dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas aduan diterima 88 50 100 100 - 50 - 100 - 100 100 100 5 Pembayaran Bil Dan Inbois - Dalam tempoh 14 hari bekerja 78 83 94 89 93 78 94 90 92 93 93 99
BINTULU SECARA UMUM
WEBPAGE
Berasal daripada sebuah perkampungan nelayan yang kecil dan terletak di tengah-tengah Negeri Sarawak. Bintulu telah diisytiharkan sebagai sebuah Bahagian di Negeri Sarawak pada 1 Januari 1987. Susulan daripada aktiviti-aktiviti penemuan Petroleum dan Gas, Bintulu telah bertukar wajah kepada sebuah bandar perindustrian yang dikenali di Malaysia. Hingga kini, Bintulu telah mengalami pertumbuhan perindustrian yang begitu cepat dan telah menjadi pusat pertumbuhan perindustrian yang amat pesat di Negeri Sarawak. Sumber : Sarawak Fact & Figure 2020 Economy, Planning Unit Sarawak, Premier Sarawak Office
PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN BDA 2020
WEBPAGE
2019 2018 2017 BDA Client Charter Achievement 2020 PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN BDA 2020 No/ Bil PIAGAM PELANGGAN / CLIENT CHARTER PENCAPAIAN / ACHIEVEMENT (%) Jan. Feb Mac Apr May June July Aug. Sept. Oct. Nov. Dec. 1 Pengendalian Aduan Awam - Disiasat dalam masa 24 jam (hari bekerja) daripada masa diterima 55 83 85 84 56 71 82 81 78 87 80 94 2 Pungutan Sampah -Kawasan komersial – setiap hari 100 98.9 98.9 100 100 100 97 100 98.9 98.9 100 98.9 -Kawasan perumahan – Dua (2) kali seminggu 97.6 98.7 99.8 95.7 98.5 98.7 99.6 99.5 98.4 99.2 98.1 98.5 - Kawasan industri – tiga (3) kali seminggu 100 100 100 100 98 98 100 100 100 99.25 99.6 99.6 3 Pemotongan Rumput - Dibuat sebanyak dua (2) kali sebulan 99.7 99.8 99.7 100 100 99.8 99.8 99.9 99.8 100 100 100 4 Penyelenggaraan Jalan Berlubang (potholes) -Disiasat dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas aduan diterima 88 86 100 100 50 100 86 100 100 100 100 100 5 Pembayaran Bil Dan Inbois - Dalam tempoh 14 hari bekerja 95 89 98 99 98 97 92 91 100 96 100 100
PROJEK SCORE SARAWAK
WEBPAGE
The Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) The concept of Regional Corridor Development, as encapsulated in the Ninth Malaysia Plan (2006-2010) and the National Mission (2006-2015) is one of the strategies formulated by the Malaysian Government to achieve balanced development within the nation. The Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE), is one of the five regional development corridors being developed throughout the country. SCORE is a major initiative undertaken to develop the Central Region and transform Sarawak into a developed State by the year 2020 and beyond. It aims to achieve the goals of accelerating the State’s economic growth and development, as well as improving the quality of life for the people of Sarawak. The Corridor is located within the Central Region of Sarawak, stretching for 320 km along the coast from Tanjung Manis to Samalaju and extending into the surrounding areas and the hinterland. SCORE covers an area of approximately 70,000 sq km, with a population of 607,800 people. The major urban centres within the Corridor are Sibu, Bintulu, Mukah and Kapit. Renewable Energy The core of the Corridor is its energy resources (28,000 MW), particularly hydropower (20,000 MW), coal (5,000 MW), and others (3,000 MW). This will allow Sarawak to price its energy competitively and encourage investments in power generation and energy-intensive industries that will act as triggers for the development of a vibrant industrial development in the corridor. Major Growth Nodes Tanjung Manis Mukah Samalaju Baram Tunoh The five New Growth Nodes have been selected with the aim of focusing investment efforts within the Corridor. These New Growth Nodes is a key element of the corridor’s strategic development plan. The Mukah Node will be developed into a Smart City, and will serve as the nerve centre for the corridor. The Tanjung Manis Node will be developed into an Industrial Port City and Halal Hub. The Samalaju Node will become the new Heavy Industry Centre, whereas Baram and Tunoh will focus on tourism and resource based industries. The corridor Secondary Growth Centres, such as Semop, Balingian, Selangau, Samarakan, Bakun and Ng. Merit also stand to benefit greatly from spatial development of the entire region, and the development of these New Growth Nodes. SCORE PROJECTED TOTAL INVESTMENT The distribution of investment is RM267 billion (80%) in industries and power while RM67 billion (20%) in physical infrastructure, human capital and institutional infrastructure. Industries RM 200 billion Power Sector RM 67 billion Increase investments in SCORE Physical Infrastructure RM 61 billion TOTAL RM 334 billion Human Capital RM 3 billion Institutional Infrastructure RM 3 billion MANPOWER DEMAND New industrial and economic activities in the corridor will create direct and indirect jobs at various skill levels. Estimates of manpower demand for various industries that were studied, and estimates of indirect jobs indicate that a total of 836,000 jobs will be created in the corridor by 2030. Top
TEMPAT-TEMPAT MENARIK
WEBPAGE
Tugu Dewan Undangan Negeri -Tempat persidangan pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak Diabadikan sebuah tugu yang melambangkan tempat persidangan yang pertama dan tertua di Malaysia dimana Dewan Undangan Negeri bersidang pada 8 September 1867. Di bawah pemerintahan Charles Brooke, pemerintah kedua keluarga Brooke yang merupakan pemerintah kulit putih di Sarawak telah mempengurusikan persidangan tersebut dengan 5 orang pegawai British dan 16 orang ahli kaum Melayu dan Ketua kaum Melanau. Mereka telah membuat satu era baru dengan membincangkan hal-hal pemerintahan negeri dan kebajikan penduduk. Batu asa tugu yang bersejarah ini telah diletakkan pada tahun 1967 dan telah diperindahkan lagi dengan pembinaan menara jam dan kolam pancutan air pada tahun 1987.Kawasan kelilingnya telah dihiasi dengan rapi dengan pembinaan pagar sekeliling untuk keselamatan dan kawal selia pada tahun 1998. P asar Utama Bintulu & Tamu Bintulu Terletak di pusat Bandar Bintulu, di sinilah tempat penduduk-penduduk membeli belah, ikan-ikan yang segar serta sayuran segar yang pelbagai jenis boleh didapati di sini. Di tingkat satu Pasar Utama ini disediakan gerai-gerai untuk menjamu selera dengan hidangan yang lazat seperti mi laksa, mi jawa, pulut panggang, mi kolok dan pelbagai jenis lagi masakan yang menyelerakan. Bagi menghilangkan dahaga, anda boleh menikmati ABC (Ais Batu Campur), cendol atau teh tarik. Bersebelahan dengan Pasar Utama ialah Pasar Tamu dengan barangan buatan tangan penduduk tempatan daripada hasil hutan dan sayuran yang segar juga boleh didapati. Kedua-dua pasar ini diunikkan denagn binaan yang menyerupai Terendak dibahagian atapnya yang pasti menjadi daya tarikan sambil membeli belah keperluan harian anda. Pasar Malam Hanya beberapa minit sahaja perjalanan dari hotel-hotel penginapan dengan suasana yang hirok-pikok terletak di Jalan Kampung Dagang. Anda akan mendapat apa yang anda hajati dari lebih kurang 150 gerai yang terletak di situ dengan harga yang berpatutan seperti barangan permainan, barangan elektrik, seramik, jam tangan, makanan pelbagai jenis dan berbagai jenis lagi barangan yang pasti akan mengisi keperluan anda - alamilah suasana tawar menawar di pasar malam tersebut. Masjid Assyakirin Dibina dengan keunikan dan mempunyai struktur pembinaan yang moden dengan memelihara kecantikan dan nilai-nilai Islam yang dinamakan Masjid Assyakirin yang membawa makna Kesyukuran. Dengan air terjun buatan yang telah dibina bertingkat-tingkat bersesuaian dengan kedudukannya di atas bukit dan hiasan landskapnya yang cantik pasti akan kekal dalam memori anda sekiranya singgah di Masjid ini untuk bersolat bagi yang beragama Islam. Tokong Kuan Yin Tong Sebuah lagi tokong bagi kaum Cina yang terletak di Jalan Sultan Iskandar yang mempunyai reka bentuk yang unik dengan ukiran-ukiran yang menakjubkan. Selain daripada itu, terdapat juga sebuah taman dengan air terjun buatan yang tidak kurang dari segi keunikannya yang menjadi daya penarik kepada para pengunjung. Pantai Tanjung Batu Untuk menikmati keindahan pantai dan laut dengan sinaran matahari, berkunjung ke Pantai Tanjung Batu di sinilah tempatnya, anda boleh membawa keluarga untuk berkhemah, memancing dan beriadah. Terdapat bilik persalinan untuk anda bertukar pakaian. Jikalau anda jemu memasak di rumah, anda boleh membuat barbecue di sini dengan peralatan yang telah disediakan. Berdekatan ialah gerai-gerai minuman dan makanan. Anda boleh menjamu dengan menikmati sate dan rojak, ais kerim dan air kelapa untuk menghilangkan dahaga selepas anda bersiar-siar di pantai pada waktu petang. Taman Tumbina Mempunyai keluasan simpanan seluas 12 hektar di tepi pantai Tanjung Batu dan hanya 4 Km dari pusat bandar, anda boleh menikmati keindahan pemandangan di sini. Dengan gabungan mini zoo dan taman bunga yang terletak di atas bukit yang menghadap ke Laut China Selatan dan Bandar Bintulu, pasti akan mendamaikan lagi suasana pemandangan di situ. Menjelajah ke dalam taman untuk menyaksikan gelagat haiwan dan keindahan bunga-bungaan di taman ini pasti menghilangkan suasana sibuk di bandar yang semua dijaga rapi agar pengunjung-pengunjung berasa selamat ketika berkunjung. Di sini terdapat Burung Kenyalang (Burung Kebesaran Negeri Sarawak), Helang dari berbagai sepsis, Flamingoes, Orang Utan, Harimau, Buaya, Ular Sawa, Rusa dan berbagai lagi jenis binatang yang disenaraikan terkawal. Padang Golf Bagi pengemar sukan golf, mereka boleh memenuhi cabaran golf dengan 18 lubang yang mempunyai standard antarabangsa di Bintulu. Dengan permukaan yang berbukit bukau sudah tentu hamparan padang golf ini akan memberi cabaran sebenar bagi pemain golf. Selain dari permukaan yang mencabar, pemain boleh menyaksikan permukaan Laut China Selatan dengan udara yang segar dengan menikmati makanan tempatan di Club House yang terletak di atas bukit selepas anda bermain golf. Taman Negara Similajau Keaslian Alam semulajadi untuk pengembara Merupakan salah sebuah Taman Negara yang mempunyai pantai yang indah dan cantik dengan pasirnya yang keemasan. Dahulu ianya tidak dikenali sebagai tempat peranginan tetapi kini, ia telah terkenal kepada pelancong dalam dan luar negara di bandar tenaga ini. Dengan keluasan 7,000 hektar, taman ini memiliki lebih daripada 125 spesis kehidupan seperti burung dan 24 jenis sepsis mamalia. Bagi pengunjung yang ingin bermalam, kemudahan tempat-tempat penginapan seperti chalet dan hostel disediakan di sini. Untuk urusan tersebut, anda boleh menghubungi bahagian informasi jabatan perhutanan yang ada di sana. Bintulu Promenade Tarikan yang terbaru di Bintulu adalah Bintulu Promenade yang seluas 120 ekar. Ia adalah yang terpanjang di negeri ini yang serupa dengan ada di Kuching. Ia adalah taman komersial dan rekreasi digabung menjadi satu dan terletak secara strategik berhampiran delta Sungai Kemena dan Parkcity Hotel Everly. Ia adalah tempat yang sesuai untuk berjalan-jalan santai dan menonton matahari terbenam dan menikmati malam angin. Kuala Nyalau Kuala Nyalau adalah tempat di mana pantai dengan banyak sisa terumbu karang tersebar di atasnya garis pantai. Terdapat juga air terjun yang indah tidak jauh dari pantai. Untuk sampai ke sini, anda perlu memandu menggunakan jalan pesisir Bintulu-Miri. Masa perjalanan dianggarkan sekitar 1-2 jam. Sebaik sahaja anda tiba di persimpangan Nyalau (ingat, Nyalau, bukan Nyabau!), Memandu yang lain 10km ke laut menggunakan jalan yang dilekatkan, dihancurkan sebahagiannya (batu). Jalannya agak menaik di kawasan tertentu kerana kawasannya yang berbukit. Jalan yang menuju ke Kuala Nyalau adalah jalan tanah yang sempit, berbukit, berliku dan sebahagiannya kosong. Jangan berani memandu semasa hujan lebat. Walaupun pada waktu cerah, berjaga-jaga dengan kenderaan bertentangan terutamanya Lori. Keadaan jalan raya kadangkala terlalu teruk bagi mana-mana pelawat untuk masuk. Kuala Nyalau adalah tempat di mana pantai dengan banyak sisa terumbu karang tersebar di atasnya garis pantai. Terdapat juga air terjun yang indah tidak jauh dari pantai. Untuk sampai ke sini, anda perlu memandu menggunakan jalan pesisir Bintulu-Miri. Masa perjalanan dianggarkan sekitar 1-2 jam.Sebaik sahaja anda tiba di persimpangan Nyalau (ingat, Nyalau, bukan Nyabau!),pandu lagi sebanyak 10km ke laut menggunakan jalan yang dilekatkan, dihancurkan sebahagiannya (batu). Jalannya agak menaik di kawasan tertentu kerana kawasannya yang berbukit. Jalan yang menuju ke Kuala Nyalau adalah jalan tanah yang sempit, berbukit, berliku dan sebahagiannya kosong. Jangan berani memandu semasa hujan lebat. Walaupun pada waktu cerah, berjaga-jaga dengan kenderaan bertentangan terutamanya lori. Keadaan jalan raya kadangkala terlalu teruk bagi mana-mana pelawat untuk masuk. Sebauh Sebauh adalah daerah kecil di bawah bahagian Bintulu.Ia adalah pusat perdagangan untuk orang dari sekitar Sebauh seperti Pandan dan Ulu Sebauh, dan sekitar kawasannya, hingga ke kawasan pendalaman paling dalam di Kuala Kebulu, Tubau dan Labang. Seperti Tatau, Sebauh popular antara nelayan memancing. Tatau Tatau kaya dengan hasil makanan laut dan air tawar. Mi Hong Kong yang terdapat di Tatau membuktikan fakta ini. Tatau adalah sebuah bandar kecil, yang juga merupakan ibu kota Tatau. Ia terdiri daripada kawasan yang berbeza seperti Kuala Tatau (menggunakan jalan Bintulu-Kuala Tatau sendiri, atau menggunakan pengangkutan air dari Tatau menggunakan Sungai Tatau), Sangan (boleh diakses melalui jalan raya), Ng Sangan, Nanga Tau dan Kuala Muput. Sekiranya anda gemar memancing, anda akan menyukai Tatau terutamanya ketika anda pergi pelayaran di sepanjang Sungai Tatau untuk menangkap air tawar anda atau ke muara sungai untuk makanan laut. Air Terjun Sungai Bejiam , Ulu Nyalau Alam semula jadi yang sesuai untuk aktiviti rekreasi, lokasi Air Terjun Bejiam sekitar 65 kilometer dari Jalan Bintulu-Miri dan melalui trek harta tanah yang lasak, telah memungkinkan untuk mengekalkan suasana yang tenang. Untuk kemudahan pengunjung, tandas, gazebo dan gerai makanan telah disediakan. Air Terjun Wong Sunang Bersedia untuk percutian yang menyeronokkan dan penerokaan Air Terjun Wong Sunang, berhampiran dengan Sungai Anap, Ulu Sangan, yang berjarak kira-kira satu jam perjalanan menaiki kapal dari Tatau Bazaar. Nikmati keindahan di sepanjang Sungai Tatau sebelum menjelajah air terjun ini di mana air memercikkan dari 50 kaki di atas dan mewujudkan kabus kekal suasana di sekitar dan mengalir terus ke Sungai Anap. Penduduk rumah panjang yang berdekatan, Rumah Jepon, juga menawarkan pengunjung cerita-cerita yang menarik tentang air terjun dan keberadaannya. Persekitaran air ini ditambah lagi dengan flora dan fauna yang eksotik. Esplanade Bintulu Sebuah dataran di mana aktiviti kesihatan dan sosial sering dibuat. Bintulu Esplanade adalah mercu tanda integrasi sosial di kalangan penduduk tempatan dan pengunjung. Terpilih sebagai tempat untuk mengadakan pertunjukan pentas dan acara rasmi, Bintulu Esplanade juga menjadi pilihan utama untuk tujuan majlis perayaan, terutama pada bulan Ramadan, di mana beratus-ratus gerai akan didirikan untuk juadah makanan tempatan. Jungle Trekking Park Tempat yang sesuai untuk menikmati joging yang sihat sambil menikmati kehijauan semula jadi. Taman Trek Rimba terletak sekitar empat kilometer(4km) dari bandar Bintulu. Anda boleh mendengar bunyi harmonik burung liar dan serangga yang mempesona di sepanjang trek, yang sudah lengkap dengan tanda dan peta untuk membimbing pejalan kaki di sepanjang jalan. Tempat yang sesuai untuk membina stamina sebagai persediaan sebelum memulakan perjalanan merentas hutan yang lebih mencabar. Lasar Kenyalang Lasar Kenyalang adalah hasil daripada cadangan menaik taraf Lapangan Terbang Lama sebagai dataran untuk kegunaan orang awam dengan penyediaan kawasan letak kenderaan dan ruang berkumpul yang luas untuk pengguna melakukan aktiviti luar.
Pencapaian Piagam Pelanggan BDA 2021
WEBPAGE
2020 2019 2018 2017 BDA Client Charter Achievement 2021 PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN BDA 2021 No/ Bil PIAGAM PELANGGAN / CLIENT CHARTER PENCAPAIAN / ACHIEVEMENT (%) Jan Feb Mac Apr May June July Aug. Sept. Oct. Nov. Dec. 1 Pengendalian Aduan Awam - Disiasat dalam masa 24 jam (hari bekerja) daripada masa diterima 90 91 76 78 82 54 88 79 82 89 92 89 2 Pungutan Sampah -Kawasan komersial – setiap hari 98.9 100 100 98.9 100 100 100 97.8 100 97.11 100 100 -Kawasan perumahan – Dua (2) kali seminggu 96.5 98.4 97.8 95.3 98.2 99.84 98.9 99.2 98.23 98.9 99.04 99.52 - Kawasan industri – tiga (3) kali seminggu 89 99.6 100 99.3 100 100 100 100 100 98.88 99.63 100 3 Pemotongan Rumput - Dibuat sebanyak dua (2) kali sebulan 100 100 100 100 100 100 99.8 100 100 99.89 99.67 99.23 4 Penyelenggaraan Jalan Berlubang (potholes) -Disiasat dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas aduan diterima 82 56 89 100 78 86 100 100 100 100 100 100 5 Pembayaran Bil Dan Inbois - Dalam tempoh 14 hari bekerja 98 88 99 98 95 95 98 99 97 92 99 97
No. Telefon dan email Pegawai-Pegawai BDA
WEBPAGE
Sila klik direktori warga kerja BDA untuk keterangan lanjut.
Sumber Asli
WEBPAGE
BDA telah mengenalpasti empat (4) projek utama industri yang berasaskan sumber-sumber asli yang mempunyai peluang pelaburan yang amat baik di Bintulu. Ianya terdiri daripada petrokimia, pembalakan, pertanian dan pelancongan. Bagi industri-industri seperti ini, Bintulu mempelawa berbagai-bagai projek yang berasaskan sumber-sumber asli seperti: GAS ASLI MINYAK MENTAH PEMBALAKAN TROPIKA TANAH UNTUK PERTANIAN ARANG BATU GAS ASLI Sarawak dikenalpasti mempunyai simpanan gas yang dianggarkan sebanyak 50 trillion piawaian kaki padu (Tscf) dan 85% daripada simpanan ini yang kira-kira 42.3 Tscf terletak di luar pantai Bintulu. Bakinya adalah terletak di luar pantai Miri. Dari keseluruhan simpanan gas ini, 35 Tscf telah digunakan untuk Loji Asean Bintulu Fertilizer (ABF), SESCO, Gas Cecair Asli Malaysia (MLNG), Shell Middle Distillate Synthesis (SMDS) dan Loji Formaldehyde Resin. PETRONAS, merupakan Syarikat Petroleum Malaysia, bertanggungjawab terhadap aktiviti-aktiviti petrokimia dan gas, bersama-sama dengan kontraktor-kontraktor yang mempunyai usahasama dengannya bergiat cergas dalam hal-hal mencari gali gas di dalam wilayah yang dinyatakan dan menjangkakan akan menemui banyak lagi simpanan gas di kawasan tersebut. Keseluruhan simpanan gas adalah melebihi paras yang diperlukan untuk projek-projek gas seperti yang telah dinyatakan dan yang selebihnya mungkin boleh digunakan untuk membangunkan industri-industri petrokimia. Diantara industri-industri petrokimia yang digalakkan di Bintulu adalah seperti : polypropylene, caprolactam, ammonia, compound fertilizer, methyl tertiary butyl ether (MTBE) dan lain-lain projek yang berkaitan. Ke Atas MINYAK MENTAH Sarawak mempunyai simpanan minyak kira-kira 0.8 bilion tong yang mana 0.35 bilion adalah terletak di luar pantai Bintulu. Kawasan simpanan ini yang kebanyakannya terletak dalam lingkungan kawasan pengeluaran adalah terletak kira-kira 30 hingga 40 kilometer dari pantai Bintulu. Dalam tahun 1999, sejumlah 254 juta tong minyak mentah telah diekspot dari Bintulu yang mana 20% dari jumlah tersebut merupakan ekspot minyak mentah Sarawak. Dengan terdapatnya minyak mentah di perairan Bintulu, maka Bintulu Crude Oil Terminal (BCOT) telah ditubuhkan (sekarang dikenali sebagai Sarawak Shell Bintulu Plant yang dikendalikan oleh Sarawak Shell Berhad (SSB) yang terletak di Tanjung Kidurong. Melalui kemudahan yang ada, memproses gas untuk dikomersialkan kepada industri-industri lain mungkin akan diwujudkan di Bintulu sebagai rancangan masa depan BCOT. Dengan adanya bekalan minyak mentah dan kemudahan prasarana pelabuhan yang sedia ada, adalah pemankin kepada penubuhan industri-industri yang berasaskan minyak di Bintulu. Ke Atas PEMBALAKAN TROPIKA Dianggarkan 12.5 juta hektar muka bumi Sarawak diseliputi oleh hutan. Daripada jumlah tersebut, 3.4 juta hektar atau 27.2% adalah di Bintulu. Sebelum ini, kebanyakan kayu balak diekspot dan hanya sedikit sahaja diproses di dalam negeri. Walau bagaimanapun, dengan penurunan jumlah ekspot kayu balak melalui kuota oleh kerajaan, maka jumlah pelaburan dalam industri memproses kayu telah dapat ditingkatkan di Bintulu. Dengan adanya bekalan kayu balak yang banyak dan mencukupi maka ini merupakan satu peluang yang baik bagi membina dan mewujudkan sebuah kilang yang besar dan moden bagi memproses kayu balak di Bintulu. Ke Atas TANAH UNTUK PERTANIAN Tidak kurang dari 500,000 hektar telah pun dikenalpasti untuk tujuan pertanian terutama di bahagian utara Sarawak termasuk Bahagian Bintulu yang mempunyai tanah yang subur dan sesuai untuk pembangunan pertanian secara besar-besaran. Dianggarkan 57,740 hektar kini telah ditanam dengan kelapa sawit, 2,000 hektar ditanam dengan rotan dan 815 hektar ditanam dengan lada. Walau bagaimanapun lebih dari 100,000 hektar tanah telah diperuntukkan untuk pertanian dan masih lagi ada peluang untuk para pelabur yang berpotensi dengan jumlah kawasan pertanian yang masih besar yang belum diterokai. Untuk Keterangan lanjut sila lawati laman web Jabatan Pertanian Ke Atas ARANG BATU Satu lagi penggerak ekonomi yang telah ditemui di kebanyakan kawasan di Bintulu. Setiap kawasan tersebut mempunyai simpanan yang dianggarkan kira-kira 750,000 hingga 12 juta tan. Kawasan-kawasan yang paling banyak ialah di Segan, Kampung Jepak, Sungai Kalabat dan Sungai sera dengan jumlah simpanan sebanyak 20 juta tan. Arang batu yang dijumpai di Bintulu menunjukkan tahap kualiti yang tidak berubah-berubah . Ianya mudah meruap dengan hanya sedikit habuk dikeluarkan serta mengandungi kandungan sulfur yang tinggi. Kebanyakan arang batu yang dijumpai di Bintulu menunjukkan tahap pembakarab yang baik dan boleh digunakan sebagai campuran sebatian untuk pembakaran bagi peleburan besi. Simpanan arang batu yang ada di Merit-Pila, tidak berapa jauh dari Bintulu, menegandungi 375 juta tan arang batu lignite. Ke Atas
Pelancongan
WEBPAGE
PELANCONGAN KAWASAN TARIKAN SEMULAJADI KEINDAHAN PANTAI-PANTAI DAN PINGGIR LAUT PANTAI TANJUNG BATU - TEMPAT YANG SESUAI UNTUK BERKELAH TAMAN NEGARA TAMAN NEGARA SIMILAJAU PEMANDANGAN, SUNGAI TROPIKA BORNEO TAMAN NEGARA NIAH TAMAN TUMBINA BINTULU WATERFRONT PROMENADE Kawasan Tarikan Semulajadi Tempat-tempat menarik yang berpotensi sebagai daya tarikan terhadap industri pelancongan di Bintulu adalah seperti pemandangan pantai-pantai yang menarik, taman negara dan pemandangan sungai-sungai tropika Borneo. Daya Tarikan ini adalah menjadi asas kepada Bintulu sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan ke arah industri ini baik kepada pelabur tempatan dan luar negara. Air terjun Baloi KEINDAHAN PANTAI-PANTAI DAN PINGGIR LAUT Pesisir pantai yang menarik di Bintulu terletak di Taman Negara Similajau. Ia merangkumi teluk kecil, keindahan pantai keemasan yang tak tercemar dan tanjung batu yang menawan sama seperti terumbu karang. Teluk kecil dan pantai-pantai ini menyediakan jalan yang sesuai untuk sukan air. Tempat ini juga sesuai untuk dibangunkan bagi tempat peranginan pelancong. Juga terdapat pesisir pantai yang menarik di Bintulu iaitu kawasan pesisir simpanan Tanjung Batu. Ianya merangkumi keluasan seluas 520 ekar dataran yang mengalun dan dataran pantai yang agak bersih dan cantik. Pantai ini juga popular dikalangan penduduk tempatan. Kaji selidik telah siap dibuat bagi kawasan ini dan beberapa saranan oleh konsultan telah dibuat pada masa kini. Ini termasuk membina taman burung, hotel yang bertaraf antarabangsa dan pangsapuri ; padang golf 18 lubang; dan kemudahan rekreasi yang lain. Untuk masa hadapan, lagun juga akan dibuat. Dengan segala kemudahan-kemudahan yang telah dibina, ia akan menarik perhatian pelawat -pelawat antarabangsa ke Bintulu dan bukan hanya terhad kepada penduduk tempatan. PANTAI TANJUNG BATU - TEMPAT YANG SESUAI UNTUK BERKELAH Untuk menikmati keindahan pantai dan laut dengan sinaran matahari, berkunjung ke Pantai Tanjung Batu di sinilah tempatnya, anda boleh membawa keluarga untuk berkhemah, memancing dan beriadah. Terdapat bilik persalinan untuk anda bertukar pakaian. Jikalau anda jemu memasak di rumah, anda boleh membuat barbecue di sini dengan peralatan yang telah disediakan. Berdekatan ialah gerai-gerai minuman dan makanan. Anda boleh menjamu dengan menikmati sate dan rojak, ais kerim dan air kelapa untuk menghilangkan dahaga selepas anda bersiar-siar dia pantai pada waktu petang. TAMAN NEGARA Dua daripada 7 taman di Sarawak yang telah diwartakan dijumpai di Bintulu. Mereka adalah Taman Negara Similajau dan Taman Negara Niah. TAMAN NEGARA SIMILAJAU Lokasi taman tersebut kira-kira 20 km dari timur-laut bandar Bintulu menggunakan jalan darat. Taman Negara Similajau terdiri dari garis pantai berbatu sempit yang dikuasai oleh banyak saluran masuk kecil (aliran air tawar jernih, banyak mengalir dari air terjun kecil tepat ke pasir pantai) dan pantai berpasir keemasan. Bahagian dalaman taman ini terdiri daripada hutan dara Borneon yang tebal di mana pelbagai jenis flora dan fauna dapat dijumpai yang menyediakan pengunjung dengan peluang rekreasi pilihan seperti trekking di hutan dan pengalaman eksotik menonton flora dan fauna yang berwarna-warni. Dengan keluasan 7,000 hektar, taman ini memiliki lebih daripada 125 spesis kehidupan seperti burung dan 24 jenis spesis mamalia. Bagi pengunjung yang ingin bermalam, kemudahan tempat penginapan seperti chalet dan asrama disediakan di sini. Untuk urusan tersebut, anda boleh menghubungi bahagian informasi Jabatan Hutan yang ada di sana. Pantai Keemasan-Similajau Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: Jabatan Hutan (National Park/Wildlife) Bahagian Bintulu 97008 Bintulu Tel: (60)86-336101 Fax : (60)86-331923 https://forestry.sarawak.gov.my/ PEMANDANGAN, SUNGAI TROPIKA BORNEO Kedudukan Bintulu sebagai sebuah kawasan destinasi pelancongan semakin kukuh dengan wujudnya Sungai Kemena. Sebuah sungai tropika Borneo, Sungai Kemena dikurniakan pemandangan indah termasuk tumbuh-tumbuhan tropika yang lebat; pondok ladang kecil dan rumah panjang tersebar di sepanjang tepi sungai dan lalu lintas sungai meluncur melalui air tropikal yang kekuningan dan lendir. Keistimewaan Sungai Kemena yang menarik menawarkan lawatan pengunjung atau safari sungai di mana mereka boleh berhenti di mana-mana rumah panjang untuk menyaksikan kehidupan komunal asli di bawah satu bumbung. Kedekatan sistem sungai utama di Sarawak, Rajang ke sistem Sungai Kemena, menjadikan perjalanan ke jantung Borneo sebagai pilihan pengembaraan bagi pengunjung. TAMAN NEGARA NIAH Taman Negara Niah terletak kira-kira 120 Km ke Utara Bintulu. Setengah-setengah kawasan gua tersebut dipenuhi dengan batu kapur yang cantik dan tersusun indah. Gua Niah juga mempunyai bermacam jenis flora dan fauna termasuklah beribu-ribu burung layang-layang yang menghasilkan sarang burung yang boleh dimakan. Najis kelawar yang ada di gua tersebut merupakan sumber baja asli yang dikenali sebagai Guano. Di sebelah barat mulut gua tersebut merupakan kawasan arkeologi yang terpenting di Asia Tenggara. Ini adalah kerana di situlah terdapatnya penemuan yang besar peninggalan manusia zaman batu lama dan manusia zaman batu baru. Penemuan tengkorak di situ merupakan tanda-tanda terdapatnya Homo sapiens di Asia Tenggara yang menyokong lagi penemuan arkeologi yang amat penting. Melihat bagaimana sarang burung diambil adalah suatu pemandangan yang menakjubkan kerana sarang burung ini terletak di bumbung gua. Untuk mengambil sarang burung tersebut, pendaki perlu mendaki tiang-tiang yang tegak setinggi 60 meter. Dari situ, pendaki menggunakan galah buluh yang panjang yang mana pada hujung galah tersebut ada penguis untuk mengambil sarang burung. Perjalanan ke Gua Niah dari perhentian adalah sejauh 40 meter berjalan kaki di sepanjang jambatan kayu sepanjang 3 Km ke dalam hutan tropika Borneo yang tebal. Sepanjang perjalanan tersebut dapat memberikan pengalaman yang indah kepada pelawat-pelawat dengan menyaksikan berbagai jenis flora dan fauna di dalam hutan belantara yang belum terusik tersebut. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi laman web ini, https://stb.sarawak.gov.my/ keatas TAMAN TUMBINA Depan pintu masuk ke Tumbina Laman Web Tumbina, http://www.tumbina.com.my BINTULU WATERFRONT PROMENADE Dalam usaha untuk meningkatkan aktiviti pelancongan selari dengan pesatnya pembangunan industri, Lembaga Kemajuan Bintulu telah mengambil langkah berani untuk menubuhkan kemudahan rekreasi baru yang dikenali sebagai Bintulu Promenade. Ada keunikan yang tersendiri, Bintulu Promenade membentangkan panorama yang indah dan tenang. Dengan penumpuan kepada Sungai Kemena dan Laut China Selatan sebagai titik tumpuan, Bintulu Promenade merupakan tempat yang paling strategik di bandar Bintulu bagi menyaksikan matahari terbenam. Bagi jurugambar, ia juga merupakan tempat yang paling baik untuk merekod saat hari yang indah. Dari Bintulu Promenade, seseorang boleh menyaksikan beberapa aktiviti-aktiviti ekonomi di bandar ini. Pemandangan biasa seperti kapal nelayan yang datang dan pergi ke laut begitu juga sekali-sekala melintas tongkang yang penuh sarat dengan kayu. 3 fokus tinjauan dipaparkan, menawarkan pelawat ke Bintulu Promenade untuk melihat bagaimana pembangunan yang telah dibawa melalui aktiviti-aktiviti minyak dan gas di Bintulu, serta pertumbuhan dalam industri minyak sawit. Kapal besar boleh dilihat berlabuh, menambahkan semula stok mereka serta mengangkut bahan mentah dari Bintulu untuk memenuhi keperluan dunia luar. Ia benar-benar satu babak yang indah dan unik yang dapat dilihat dan dapat dinikmati hanya dari Bintulu Promenade. Dengan kos mencecah RM17 juta, konsep moden dalam reka bentuk landskap diperbadankan. Unsur-unsur alam dan persekitaran yang dicampur dengan baik untuk mencipta reka bentuk yang indah dan besar. Pemandangan indah yang harmoni dari pertemuan sungai Kemena dan Laut China Selatan, sepanjang tiga kilometer yang menawarkan kesegaran dan kelegaan nafas kepada pengunjung. Jambatan dan pemandangan direka dengan gabungan kreatif konkrit dan kayu yang mengundang rasa keberatan untuk meninggalkan tempat tersebut. Dilengkapi dengan pusat keselamatan, tandas, lampu reka bentuk unik dan plot tumbuhan pelbagai spesies, Bintulu Promenade juga merupakan tempat yang hebat untuk berehat dan menikmati masa santai selepas sehari tekanan.
Pengumuman -Piagam Pelanggan BDA
WEBPAGE
Untuk makluman, Pihak kami sedang menambahbaik Piagam Pelangan BDA yang sedia ada serta pencapaian Piagam pelanggan kami. Harap maklum.
| 12345678910SeterusnyaTerakhir |