Dalam melalui ujian wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan ini, Tabung Baitulmal Sarawak menyediakan saluran untuk anda membuat permohonan bantuan.
Saluran dan Kemudahan bagi mereka yang memerlukan bantuan, khususnya keperluan asas daripada Tabung Baitulmal Sarawak.
Anda boleh memohon bantuan TBS atau mencadang Asnaf Fakir dan Miskin melalui Aplikasi 'Jejak Asnaf Versi 2':
Langkah menggunakan applikasi Jejak Asnaf
1. Isi maklumat asnaf yang memohon bantuan
2. Sila sertakan gambar asnaf yang memohon bantuan
3. Isi maklumat pelapor yang memberi maklumat asnaf
4. Laporan asnaf sudah dihantar terus ke Tabung Baitulmal Sarawak bagi tindakan seterusnya.
Sila muat turun aplikasi tersebut daripada Appstore atau Playstore.
Bantuan tetap disalurkan kepada pemohon walaupun pejabat Baitulmal tidak beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Tabung Baitulmal Sarawak
Blok A, Lot 3655 Kuching North Land District,
Jalan Batu Kawa, 93250 Kuching
Phone No. : 082-682861 (Talian Am)
082-683270 (Hotline Kutipan)
082-683541 (Hotline Dakwah)
082-683709 (Hotline Agihan)
Fax No. : 082-684820
https://www.tbs.org.my/
Sumber:
Tabung Baitulmal Sarawak