Announcement

 

Jemputan Menyertai Majlis Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Tahun 1447H/2025M

Posted on 15 Aug 2025
                             
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Majlis Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Tahun 1447H/2025M akan diadakan pada Sabtu, 6 September 2025 bersamaan dengan 13 Rabiulawal 1447H bertempat di Padang Merdeka, Kuching.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pengelola Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Tahun 1447H/2025M menjemput untuk menyertai perhimpunan dan perarakan ini.

Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada pihak Urusetia Jawatankuasa Kerja Perarakan dan Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul Peringkat Sarawak di Pejabat Residen Bahagian Kuching pada atau sebelum 29 Ogos 2025. Borang penyertaan boleh dimuat turun melalui laman sesawang Majlis Islam Sarawak (https://mis.sarawak.gov.my) atau melalui QR Code tertera atau muat turun disini.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.


image Undian
image Pengumuman