Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

online visitor Pelawat Di Talian 8
total visitor Jumlah Pelawat 753,385
Kemaskini Pada: 7 Dis 2019
Versi 8.2.2
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak 1441H/ 2019M
Tarikh : 01 Nov 2019
 

Majlis Kesyukuran & Zikir Maulid 1441H/2019M

Majlis Kesyukuran & Zikir Maulid 1441H/ 2019M akan diadakan pada Jumaat, 8 November 2019M/ 11  Rabiulawal 1441H, Jam 5.30 petang di Masjid Jamek Kuching .

Majlis Perarakan Maulidur Rasul 1441H/2019M

Majlis Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1441H/ 2019M akan diadakan pada Sabtu, 9 November 2019M/ 12 Rabiulawal 1441H, Jam 7.00 pagi di Padang Merdeka Kuching.

Tema untuk Sambutan Maulidur Rasul Tahun ini adalah "Ummah Gemilang" dan terdapat 10 kategori dalam acara perarakan dan pertandingan sepanduk. Kategori-kategori nya adalah seperti berikut:-

  • Kategori A - Jabatan Kerajaan (Negeri/ Persekutuan)
  • Kategori B - Badan - Badan Berkanun
  • Kategori C - Firma Swasta/ Syarikat/ Institusi Kewangan
  • Kategori D -Masjid/ Surau
  • Kategori E - JKKK Kampung/ Persatuan/ Kelab/ Pertubuhan
  • Kategori F - IPTA/ IPTS/ Pusat Kemahiran/ Sekolah Menengah
  • Kategori G - Sekolah Kebangsaan
  • kategori H - Unit Beruniform
  • Kategori I - Kumpulan Hadrah
  • Kategori J - Kontinjen Khas - Non Muslim

Sehubungan itu, Majlis Islam Sarawak ingin menjemput semua hadirin untuk memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak 1441H/ 2019M.

Sebarang pertanyaan sila hubungi urus setia (Pejabat Majlis Islam Sarawak):-

 

Pejabat Majlis Islam Sarawak

Aras 16 & 17

Majma' Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah

Jalan P. Ramlee off Jalan P. Ramlee

93400 Kuching

Pejabat Am : 082-507251     Fax: 082-507524