Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

online visitor Pelawat Di Talian 7
total visitor Jumlah Pelawat 753,439
Kemaskini Pada: 7 Dis 2019
Versi 8.2.2
Sambutan Ma'al Hijrah Tahun 1441H/2019M Peringkat Negeri Sarawak
Tarikh : 01 Sep 2019  Sumber Berita: TVSarawak
 

11 Kategori Penerima Anugerah Ma'al Hijrah 2019

SRI AMAN : Sambutan Ma'al Hijrah tahun ini turut menyaksikan pengurniaan Anugerah Ma'al Hijrah 1441H yang terdiri daripada 11 kategori.

Kategori pertama telah diterima oleh Profesor Dato Dr. Jamil Hamali dengan pengurniaan Anugerah Kepimpinan Organisasi dengan pemberian sebanyak RM10,000 , sebuah plak beserta sijil yang telah ditandatangani oleh Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Bagi anugerah Pencapaian Penyelidikan dan Pembangunan pula dianugerahkan kepada Profesor Madya Hasmah Mohidin sekaligus menerima wang tunai sebanyak RM7,000 plak dan sijil.

Anugerah seterusnya dikurniakan kepada Haji Kana Ragon dan Hajah Hamdiah Zaini dalam Anugerah Keluarga Cemerlang.

Manakala, Mahdzar Julaihi pula menerima pengurniaan Anugerah Pegawai Awam Islam Contoh.

Selain itu, bagi Anugerah Pegawai Awam Bukan Islam Contoh diterima oleh Philip anak Chayong.

Seterusnya Anugerah Pelajar STPM Cemerlang yang dikurniakan kepada Mohamad Hafizan Julai dengan menerima wang tunai sebanyak RM3000, sebuah plak, sijil , serta bantuan khas RM4,000 insentif Pelajar Cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke IPTA atau IPTS.

Begitu juga dengan Mohamad Hazim Isa yang menerima sebanyak RM2,000 , sebuah plak, sijil dan Bantuan Khas RM4,000 dalam Anugerah Pelajar SPM Cemerlang.

Antara anugerah lain yang turut disampaikan adalah Anugerah Pengurusan dan Pentadbiran Masjid Terbaik, Anugerah Pengurusan dan Pentadbiran Surau Terbaik, Anugerah Sekolah Menengah Agama Cemerlang dan Anugerah Sekolah Rendah Agama Cemerlang.

Majlis turut diserikan dengan pengisian bacaan ayat suci Al-Quran dari gabungan Johan 3 Suara Qariah dan persembahan nasyid.

Hadir sama isteri Tun Taib, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta Menteri Muda Hal Ehwal Islam & DBKU dan Bekalan Air Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Kesejahteraan Kominiti, Datuk Francis Harden Hollis , ADUN Lingga Hajah Simoi Peri serta Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Haji Taha.