Sarawak ID|Register
Announcements

Berita

MAJLIS PENYERAHAN MoA PENUBUHAN KURSI SHEIKH OTHMAN SARAWAK ANTARA MIS DAN UKM
Tarikh : 08 Nov 2021
 
Peruntukan RM5 Juta Untuk Kursi Sheikh Othman Sarawak
KUCHING, 08 Nov – Peruntukan dana sebanyak RM5 juta untuk Kursi Sheikh Othman Sarawak ini adalah untuk selama-lamanya dan tidak terbatas untuk sesuatu masa.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata demikian semasa menyampaikan amanat pada Majlis Penyerahan Memorandum Perjanjian Penubuhan Kursi Sheikh Othman Sarawak diantara Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Tingkat 22, Bangunan Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, pagi tadi.
“Saya yakin peruntukan tersebut akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak UKM bagi mencapai objektif yang telah digariskan dalam penubuhan Kursi ini,” ujar Abang Johari.
Abang Johari berkata, penubuhan Kursi Sheikh Othman Sarawak ini mempunyai signifikan tersendiri khususnya dalam merealisasikan hasrat Kerajaan Sarawak dan MIS dalam mengukuhkan hubungan  bersama UKM sebagai sebuah Universiti Watan negara yang diharapkan dapat terus membantu dalam melonjakkan citra, kemampanan dan kemajuan Negeri Sarawak.
“Jaringan dan pengukuhan dengan UKM ini diharap dapat melestarikan konsep pembangunan menyeluruh dan bersepadu Negeri Sarawak bukan hanya dalam aspek pembangunan fizikal tetapi juga merentasi konsep pembangunan idea, penciptaan ilmu baharu dan perkongsian pintar yang turut dapat menyumbang kepada pembangunan Malaysia secara amnya,” tegas Abang Johari.
“Kursi ini yang dicetuskan melalui resolusi Nadwah Ulama Nusantara kali ke-8 yang dianjurkan di Kuching, Sarawak pada tahun 2018 dan boleh dianggap sebagai antara prakarsa terpenting Kerajaan Negeri Sarawak bagi meneroka bidang penyelidikan baharu yang dapat memacu kepada agenda Pemerkasaan Sosio-Ekonomi Masyarakat Islam di Negeri Sarawak,” tambahnya lagi.
Nama Kursi Sheikh Othman Sarawak dipilih bersempena dengan nama ulama terulung Sarawak iaitu Sheikh Othman Abdul Wahab Al-Sarawaki. 
Jasa dan sumbangan beliau dalam memastikan kelestarian masyarakat Islam di Sarawak dengan melahirkan ulama dan generasi Islam terkemudian sewajarnya menjadi suri tauladan kepada generasi hari ini dan harapan dalam gagasan besar penubuhan Kursi ini.
Turut hadir semasa majlis ialah Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri dan Menteri Muda Utiliti Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dato' Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman.-TAMAT-

Useful Links