TBS MENYEDIAKAN PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI ATAS TALIAN
Tarikh : 20 Apr 2020
 

KUCHING : Kadar zakat fitrah negeri Sarawak ditetapkan pada kadar RM7 tahun ini, dan boleh dibayar melalui atas talian.

Dalam satu kenyataan oleh Jabatan Mufti Negeri Sarawak hari ini, Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menyediakan pembayaran zakat fitrah secara dalam talian melalui Portal Pelanggan TBS (Baitulmal Kamek), MyEG, MaybankU2 dan Snap N Pay.

Untuk kaunter pembayaran zakat di pusat-pusat membeli belah, agensi atau pembukaan kaunter di tempat kunjungan awam adalah tertakluk kepada permohonan daripada pihak berkenaan.

Kenyataan itu menambah sekiranya masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kemungkinan tidak ada perkhidmatan ini.

Pada tahun ini, seramai 779 amil zakat fitrah seluruh negeri masih sah tempoh perkhidmatan mereka dan perkhidmatan mereka akan disesuaikan mengikut keadaan semasa.

“Kesemua amil akan dibekalkan kit zakat fitrah, topeng muka, pembersih tangan dan sebagainya jika masih dalam tempoh PKP dan selepasnya,” ujar kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, amil zakat fitrah buat masa ini akan melaksanakan tugas mereka di rumah dan mungkin akan disesuaikan ke lokasi masjid atau surau.

Bagaimanapun, ia tertakluk kepada perkembangan PKP.

Selain itu, TBS telah mencetak kupon zakat fitrah pada tahun ini dan keutamaan agihan kupon adalah kawasan yang diketegorikan zon hijau dari wabak Covid-19.

Justeru, sebarang pertanyaan atau pencerahan mengenai perlaksanaan zakat fitrah ini, boleh mengemukakan soalan di email, admin@tbs.org.my atau Facebook (FB) Tabung Baitulmal Sarawak.

Selain itu, masyarakat juga boleh berhubung pegawai seperti penama berikut:

1.Encik Ahmad Termizi Saini.

(Ibu Pejabat TBS No. Hp 013-8135152)

2.Puan Norzahan Bahani.

(Pejabat Cawangan TBS Samarahan No. Hp 011-26192144)

3.Encik Shamsul Bahri Manap.

(Pejabat Cawangan TBS Sri Aman No. Hp 013-8195317)

4.Encik Ali Mat.

(Pejabat Cawangan TBS Sarikei/Sibu No. Hp 016-8985223)

5.Encik Osman Immun.

(Pejabat Cawangan TBS Mukah No. Hp 010-7806422)

6.Encik Zaini Ramli.

(Pejabat Cawangan TBS Bintulu No. Hp 011-16065386)

7.Puan Marini Juraibi

(Pejabat Cawangan TBS Miri No. Hp 019-4842133)

8.Encik Junidi Lamat.

(Pejabat Cawangan TBS Limbang No. Hp 014-2731474)