MAJLIS ISLAM SARAWAK ANJUR KOLOKIUM KEAGUNGAN AL-QURAN
Tarikh : 15 Feb 2020  Sumber Berita: Sarawak Voice
 

KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS) akan menganjurkan Kolokium Keagungan Al-Quran bersempena dengan sambutan ke 60 tahun Majlis Tilawah Al-Quran Negeri Sarawak di Dewan Kompleks Islam Sarawak pada 18 & 19 Februari 2020.

Menurut Yang Dipertua MIS Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Kolokium Keagungan al-Quran ini merupakan satu perjumpaan atau persidangan yang membincangkan perkara khusus berkaitan al-Quran yang bersifat ilmiah sama ada dari hasil kajian, penelitian atau pengalaman.

Antara ilmuan yang akan hadir untuk berkongsi ilmu adalah Prof. Dato Dr Mohd Yusof Othman, Prof. Emeritus Dato’ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi, dan Mufti Negeri Sarawak Dr Sarip Adul.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, dan Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & DBKU) Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi dijadual akan menghadiri kolokium ini.