MAJLIS PENYERAHAN AL-QURAN BRAILLE |
Tarikh : 21 Jan 2020 |
MAJLIS PENYERAHAN AL-QURAN BRAILLE Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) Wilayah Sarawak dengan kerjasama Jawatankuasa Hal Ehwal Khas Troopers PPTD Malaysia dan Majlis Islam Sarawak telah mengadakan Majlis Agihan Al-Quran Braille bertempat di Majlis Islam Sarawak, Kuching pada hari ini. Sebanyak 47 buah Al Quran Braille telah disampaikan oleh Pengerusi PPTD Wilayah Sarawak bersama Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Yang Berbahagia Datu Haji Misnu bin Haji Taha kepada penerima terpilih iaitu : Majlis serahan Al-Quran Braille ini adalah kesinambungan daripada Program Jelajah CSR PPTD: Transborneo 2019 yang telah diadakan pada 19 hingga 22 Oktober 2019 bermula dari Kuching-Sambas-Singkawang-Pontianak. Program ini merupakan usaha berterusan bagi membantu dan memenuhi keperluan sosial masyarakat luar bandar terutama golongan cacat penglihatan di Sarawak dan Kalimantan Barat. Bagi menjayakan program sumbangan Al-Quran Braille ini satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi mengumpul dana untuk pembelian Al-Quran dan Braillet. Kutipan dana bermula daripada 31 Ogos sehingga 10 Oktober 2019 berjaya mengumpul dana bagi membeli 140 buah Al-Quran Braille. |